
- Ia
mengurangkan tragedi pertumpahan darah dan persengketaan
- Menjadikan
tanggungjawab individu sebagai tanggungjawab kolektif.
- Mengurangkan
beban kewangan individu yang terlibat
- Memupuk
semangat kerhasamaa dan persaudaraan di kalangan puak masing2.
Doktrin
ini telah mendapat perkenan Nabi Muhammad S.A.W dan kemudiannya diwajibkan
dalaam tempoh khalifah kedua. Ini adalah doktrin asas yang diperkembangkan
dalam amalan insurans hari ini.
Dalam
Islam, semua aktiviti ekonomi adalah sah dan dibolehkan di sisi undang2 selagi
is dilakukan dengan tidak melampui batas mana2 rukun yang telah ditetapkan
melalui Al-Quran & Hadith. Selaras dengan ketetapan tersebut,Mazhab Shafie,
Mazhab Hanbali,Mazhab Maliki, dan Mazhab Hanafi telah sebulat suara bersetuju
bahawasemua bentuk transaksi perniagaan yang mengandungi unsur2 faedah/bunga
(riba), ketidakpastian (gharar) & perjudian (maysir) dianggap tidak
sah.
Doktrin
Maqasid Syariah menyatakan adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk
melindungi asset ketara, kebajikan, harta benda, dan kesejahteraan ummah.
Kaedah @ bentuk perlindungan yang diamalkan perlu mematuhi ketetapan Syariah
dan garis panduan undang2 dan prinsip2nya. Malangnya, hampir semua
kaedah insurans konvensional adalah berpaksikan amalaan2 yang dilarang oleh Syariah.
Perkataan
'Takaful' berasal daripada perkataan Arab 'kafala' yang bermaksud:
"menjaga atau menjamin keperluan
seseorang"
Oleh
itu, permuafakatan antara sekurang2nya dua pihak yang bersetuju untuk saling
jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku kerugian disebabkan
ditimpa bencana atau musibah, ia ditakrifkan sebagai "TAKAFUL".
Begitu
juga, jaminan bersama yang menjadi nadi dalam konsep takaful boleh di
terjemahkan dalam mengendalikan operasi perniagaan atau transaksi komersial
disektor "Tijari" atau sektor swasta sebagai salah satu pemain
kewangan Islam dalam pasaran ekonomi. Di bawah sektor Tijari, orang ramai
sebagai pengguna mempunyai hak untuk memilih jenis produk atau perkhidmatan
yang sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.
i) Ketidakpastian (Gharar)
Bermaksud tidak jelas
terhadap perkara pokok yang dilindungi oleh kontrak atau timbul
“ketidakpastian” di mana kesan atau keputusan yang dihasilkan tidak diketahui
atau tersembunyi.
Dari
sudut perniagaan :
bersetuju untuk melakukan sesuatu secara membuta tuli tanpa pengetahuan yang
mencukupi atau mengambil risiko dengan melakukan sesuatu tanpa mengetahui
dengan tepat apaakah hasil yang akan diperolehi kelak.
Daripada
Ibnu Taymiyyah:
“Ketidakpastian
dalam kontrak insurans berlaku apabila satu pihak mendapat apa yang dikehendaki
tetapi pihak yang satu lagi tidak mendapat haknya”.
ii) Faedah/Bunga (Riba)
Maksudnya:
Secara
literal -
menaikkan atau tambahan kepada sesuatu.
Islam
melarang pinjaman wang bagi mendapatkan keuntungan kerana ia akan menyusahkan
peminjam dan pada masa yang samaa ia akan menjadikan pemberi pinjaman sebagai
seorang yang perengus dan dibenci ramai.
Dari
Surah Al-Imran:130 ada menyatakan,
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan riba sehingga
berlipat ganda banyaknya. Hendaklah kamu takut kepada Allah supaya kamu beroleh
kejayaan”.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Jabir b. Abdullah r.a:
“Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba, orang yang member
makan dengan riba, dan jurutulis transaksi riba.”